Nilai masa disisi orang Islam


Sabda Rasulullah S.A.W :

ﻨﻌﻤﺘﺎﻥ ﻤﻐﺒﻮﻥ ﻓﻴﻬﻤﺎ ﻛﺜﻴﺮﻤﻥﺍﻠﻨﺎﺱ : ﺍﻠﺻﺤﺔ ﻮﺍﻠﻔﺮﺍﻍ (ﺮﻮﺍﻩﺍﻠﺒﺨﺎﺮﻱ)

Maksudnya : Dua nikmat yang kebanyakkan manusia menerima kerugian yang besar iaitu : Kesihatan dan kelapangan.

Berkata penyair :

“Masa itu semahal-mahal barang yang disuruh engkau menjaga, sekaligus ia juga semudah barang yang hilang dari engkau”.


Amati para sahabat dan orang-orang dahulu menjaga masa


Para sahabat dan orang-orang dahulu, yang mereka adalah sebaik kurun bagi umat Nabi Muhammad S.A.W mereka sangat-sangat mengamati dengan masa, kerana amereka ialah orang-orang yang paling mengetahui dengan penghargaan dan nilai masa.

Mereka pernah berkata : “Diantara tanda-tanda kemurkaan Allah ialah menghabiskan masa tanpa faedah. Masa adalah pedang, ,andainya engkau tidak memotongnya, ia akan memotong engkau”.

Mereka selalu berusaha meningkatkan kedudukan mereka dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik daripadanya. Hari ini keadaan mereka lebih baik dari keadaan kelmarin dan besok lebih baik dari hari ini. Dalam hal ini mereka berkata : “Barang siapa yang keadaannya hari seperti keadaannya kelmarin maka ia adalah orang yang tertipu. Dan barang siapa yang keadaannya dihari ini lebih buruk dari keadaannya kelmarin maka ia adalah orang yang dilaknatkan”.

Berkata Hassan Al-Basri : Wahai anak Adam ! sebenarnya ( umur ) engkau merupakan hari-hari yang boleh dibilang. Bila hilangnya satu hari bererti hilanglah sebahagian dari ( umur ) engkau. Dan apabila hilang sebahagian dari ( umur ) engkau maka hampirla semua ( umur ) engkau akan hilang bersama sedang engkau menyedarinya . oleh itu maka, beramallah”.

Para sahabat dan Al-Silaf Al-Sholah sangat-sangat mengamati dengan masa sehingga mereka tidak membiarkan masa berlalu satu hari atau sekejap masa, miskipun pendek, tanpa membekali dengan ilmu yang manafaat atau amal yang baik atau jihad melawan nafsu atau menyampaikan faedah kepada orang lain, agar masa dan umur itu tidak berkehabisan dengan sia-sia dan lenyap bagaikan debu yang berterbangan, sedang mereka sedar.

Berkata ibnu Mas’ud : Saya tidak pernah menyesal kerana sesuatu sepertimana saya menyesal kerana suatu hari yang matahari jatuh, umur saya makin kurang sedang amalan saya tidak bertambah”.

Setelah kita meneliti kisah-kisah sahabat serta para salafus soleh, maka di sana kita dapati bahawa nilai masa itu begitu tinggi di sisi mereka. Mereka begitu menyesali apabila hari dalam kehidupan mereka berlalu begitu sahaja tanpa melakukan amalan-amalan yang berfaedah. Mereka bahkan berasa kesal apabila mereka dapati amalan atau perbuatan hari ini mereka masih sama seperti semalam. Para sahabat dan salafus soleh tidak akan membiarkan kualiti amalan mereka berada pada tahap yang sama, malahan mereka akan berusaha bagi meningkatkan mutu amalan mereka. Begitulah juga keadaannya bagi kita pemuda Islam, adakah kita hanya mahu amalan kita berada pada takuk yang sama dan tidak mahu meningkatkan kualiti amalan kita. Lebih-lebih lagi kita berada dalam perjuangan untuk menegakkan Agama Allah. Sedang musuh kita senantiasa mengatur strategi untuk menjatuhkan kita. Apakah kita sudah berpuas hati dengan mutu kerja dan amalan yang kita lakukan sekarang ini tanpa meningkatkan mutu dan kualitinya. Fikir-fikirkanlah, tepuk dada tanya Iman.

Dari Tinta:
Azman bin Mohamed
Ketua Pemuda PAS
Dun Kijal

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula