Dua bulan 1,231 penagih baru di Terengganu

Khairul Azlam Mohamad
Tue | Nov 18, 08 | 2:22:54 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 18 Nov (Hrkh) - Negeri Terengganu Bestari di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini gagal mendidik rakyat terutama di kalangan generasi muda.

Masa depan belia remaja di negeri ini semakin 'kabur' akibat gejala penyalahgunaan dadah yang membimbangkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail mengakui terdapat di kalangan para pelajar yang turut terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Menurutnya, para pelajar yang terlibat dengan gejala dadah tersebut hukumannya akan dibuang sekolah kerana dianggap terlibat dengan disiplin serta jenayah.

Bahkan, katanya seramai 2,656 orang penagih baru dan berulang yang dicatatkan di negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama bermula Januari dan Februari 2008.

"Seramai 1,425 orang adalah penagih berulang yang tidak insaf dan 1,231 orang penagih baru di negeri ini.

"Apa yang lebih membimbangkan kita sebanyak 82.67 peratus penagih terdiri dari golongan belia berumur lingkungan 25 hingga 29 tahun," ujarnya ketika berucap merasmikan majlis penutup Program Gerak Gempur Dadah (Gempadah) Peringkat Negeri Terengganu, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga, 15 November lalu.

Katanya, sepanjang tahun lalu (2007) seramai 14,489 orang telah dikesan di seluruh negara yang melibatkan 6,679 orang atau 46.10 peratus adalah penagih baru.

Beliau menjelaskan seramai 7,810 orang lagi merupakan penagih berulang yang tidak insaf terhadap perbuatan tersebut.

Namun begitu, katanya secara keseluruhan statistik telah mencatatkan penurunan sebanyak 63.52 peratus berbanding tahun 2007 lalu.

"Tahun lalu (2007), ada seramai 14,489 orang penagih di kesan di seluruh negara yang melibatkan 6,679 orang penagih baru atau 63.52 peratus.

"7,810 orang adalah mereka (penagih) yang berulang dan tidak insaf dengan perbuatan keji itu dan kita ada tubuh jawatankuasa bersepadu," ujarnya.

Menurutnya, kerajaan turut menjalinkan kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menangani masalah tersebut. - mns_

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula