Debat PAS vs UMNO


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.

"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya.

5 Comentários:

Polis Bantuan said...

Assalamualaikum

Mana mungkin Umno ingin berdebat dengan Pas. Akan timbul berjuta alasan dan beribu pandangan bagi menidakkan debat dari diadakan.

Pemimpin Umno sebagaimana yang diketahui umum adalah bacul, penakut dan pengecut untuk berdepan dengan pemimpin2 Pakatan Rakyat secara lansung.

Sebagai contoh debat antara Datuk Seri Anwar dan Shabrey Chik (ejaan mat saleh) dimana pemimpin Umno itu langsung tidak professional dengan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar.

Begitu jugalah pemimpin2 Umno Kuno yang lain termasuk Najib sendiri yang sehingga kini masih belum membuat kenyataan akhbar tentang debat ini.

Di manakah kejantanan mu Najib? Inikah yang dikatakan Melayu pantang dicabar. Berani kerana benar takut kerana salah.

Adakah kita mahu pemimpin yang bacul seperti ini. Seorang dituduh membunuh namun tidak menafikannya.

Kalau benarlah Najib tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, sudah semestinya dia menafikannya.

Demi KEADILAN bersamalah kita kuburkan Umno bersama2 kerisnya di PRU 13 nanti.

"Hidup Rakyat"

nurul haq said...

Apa yg dikatakan oleh polis bantuan tu betul..
Mana mungkin UMNO setuju berdebat dengan PAS..
Kerana jika UMNO bersetuju dgn PAS ini akan membuka pekong yg selama ini ditutup oleh UMNO..Bermula dari penubuhan UMNO hingga sekarang mana ada UMNO mengikut hukum yg dituntut oleh Islam,lawan tu adalah..Kalau benar terjadilah debat antara UMNO dgn PAS,ramailah para2 penyokong UMNO yg inginkan kerajaan Islam akan meninggalkan Parti tersebut.Maka akan tinggallah sebahagian para penyokong yg gelap hati(jahil),tu pun tak ramai.
Ini bermakna UMNO akan kehilangan ramai keahlian.Rakyat Malaysia sekarang ni ramai yg sudah tahu hukum2 agama.Dan mereka semua akan lari meninggalkan UMNO yg pentadbirannya bercanggah dengan hukum Islam yg sebenar.
Kerana Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf,ayat 199 bermaksud : "Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)"

Pemuda Marang said...

Memang betul apa yang dikata nurul haq mana mungkin UMngok mahu berdepan atau bersemuka dengan PAS untuk berdebat.

Mati hujah lah puak2 tu kalau bertemu bersemuka.

Tapi yang terbaru pulak pemuda Umngok kelantan cabar Tok Guru Nik Aziz berdebat. Kalau betullah mereka ni nak berdebat Tok Guru Tak De hal punya.

Takut puak2 pemuda Umngok kelantan ni pulak yang lari.

Budi said...

Pemuda Umno Kelantan tak payah berdebat dengan Tok Guru....berdebat dengan Pemuda PAS Kijal dulu.

Duan said...

Aku sokong mung budi! tp mung kene jd pale ah!

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula