BERI RUANG DAN HORMATI IDEA PRESIDEN

Dewan Pemuda Pas Pusat berpendirian, peluang perlu diberikan sepenuhnya kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan lanjut berkenaan Kerajaan Perpaduan dan bukan membahaskannya berdasarkan sentimen dan emosi.

Demikian ditegaskan oleh ketuanya, Ustaz Nasaruddin Hasan kepada sebuah media harian sambil mengharapkan pemimpin2 serta penyokong Pakatan Rakyat diminta menghormati idea yang dicetuskan oleh Presiden PAS itu.

Beliau berkata, sebagai seorang yang berilmu dalam bidang agama mustahil Ustaz Hadi mengemukakan sesuatu yang bertentangan dengan nas, jesteru itu mereka harus lebih bertenang, bersabar serta tidak mudah melatah apabila membicarakan isu berkenaan.

"Dato' Seri adalah seorang yang berilmu, berpengalaman dan bukan seorang yang jahil. Beliau merupakan ketua kami dan juga seorang ulama.' Beliau berkelayakan untuk melontarkan idea yang mampu memberi manafaat kepada agama, rakyat dan negara".

"Cetusan idea Kerajaan Perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu bersandarkan nas serta dalil di dalam islam. Mustahil beliau akan mengemukakan satu idea yang boleh mendatangkan keburukan."

"Sehubungan itu jika hendak dibahaskan sekalipun ia perlu dilakukan dalam konteks disiplin ilmu yang tinggi" katanya.

Nasaruddin berkata, pemimpin Pakatan Rakyat juga harus sedar selama ini PAS sentiasa menyokong setiap idea yang dikemukakan atas nama semangat setiakawan walaupun ada masanya parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Beliau yang baru mengetuai Dewan Pemuda PAS Pusat menggantikan Salahuddin Ayub turut mengingatkan perbahasan serta emosi dan sentimen peribadi berkenaan isu Kerajaan Perpaduan ini boleh menyebabkan ia dilihat mengikut perspektif yang sempit dan negatif.

"Ini ditambahkan lagi dengan kenyataan yang menyebutkan bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu sama dengan usaha untuk membawa PAS menyertai Umno. Saya ingin tegaskan disini, perkara ini tidak akan berlaku dan mustahil berlaku. Tidak ada pemimpin dalam PAS akan berbuat demikian."

"Ideologi PAS tidak sama dengan Umno. Dasar perjuangan parti pun berbeza, tetapi bukan bermaksud kita harus menjauhi diri dari mereka. Kita harus mendekati mereka bagi tujuan dakwah, selain berusaha untuk menyelesaikan banyak masalah rakyat dan negara." katanya.

Beliau berkata, al-Quran ada menyatakan dengan maksudnya, "Hendaklah kamu bekerjasama dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara jahat dan dosa."

Ianya merupakan arahan Allah kepada setiap hambaNya supaya menjalinkan kerjasama dalam perkara yang berasaskan ketakwaan kepada Allah. - hrkh

HALFIAN AHMAD
KETUA LAJNAH KEBAJIKAN PPDKJL

2 Comentários:

nurul haq said...

hanya orang yang kurang paham jer cepat melatah..
tidak yakin dengan keupayaan ayoh cik..
ayoh cik ada perancangan dia sendiri.....
setiap apa yg ayoh cik nok buat tu,ayoh cik rujuk dulu dlm kitab..bukan main pakat redoh gitu jer..
kita sebagai penyokong gerakan islam ni perlu yakin dengan kepimpinan ulama'..insya-Allah,akan diberi pertolongan oleh Allah 'azzawajalla sekiranya kita bekerja dengan ikhlas,demi memartabatkan agama islam dibumi malaysia ini..

Pemuda Islam said...

Saya menyokong penuh pandangan nurul haq, hal2 berkaitan kerajaan perpaduan ni kita serahkan saja kepada Ayoh Cik. Dan jangan kita bising2 di kedai kopi sedangkan kita tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Ayoh Cik. Serahkan saja kepada Ayoh Cik. Insya-Allah akan dibuka jalan kepada Islam

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula