Apakah itu Iman Islam dan Dua Khalimah Syahadah

Dengan nama Allah,tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji hanya bagi Allah,tuhan sekalian alam. Bersyukur kita kehadrat Allah swt,kerana dikurniakan kepada kita 2 nikmat yang paling besar,iaitu nikmat iman dan islam.. Tanpa 2 nikmat ini kita pasti akan sesat buat selama-lamanya..

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Kini umat islam sedang menghadapi satu perkembangan yang baru dan moden. Mereka berhadapan dengan akidah dan iman. Berbeza sama sekali semasa umat ini menghadapi falsafah-falsafah yang melahirkan fahaman Mu’tazilah,Jabariah,Qadariah dan fahaman-fahaman yang lain sehingga ilmu akidah yang murni dapat dipertahankan. Itulah janji Allah islam dan penganutnya….

Maka telah lenyaplah segala yang bathil,sehingga dapat kita mewarisi apa yang hak daripada Allah swt. Pertarungan ini diantara iman dan kufur,yang hak dan bathil tidak berhenti setakat itu. Ia adalah satu kurniaan daripada Allah kepada orang-orang yang beriman. Mereka yang menentang lebih melayakkan diri mereka menjadi penentang. Mereka mempunyai peluang yang banyak supaya sedar dan insaf.

Zaman pemujaan patung dan berhala,menyembah syaitan dan jin yang dipuja sudah banyak penjelasan bagi memahaminya. Begitu juga yang berkaitan dengan Mu’tazilah,Jabariah,Qadariah dan seumpamanya yang sudah cukup untuk dimegertikan. Kini terdapat pula ideologi-ideologi moden,teori-teori dan falsafah-falsafah yang memuja kebendaan. Manusia memujanya seumpama patung yang berbentuk baru dan mengubah “Sum’ah” dengan diberi nama pesta-pesta. Semua ini mengelirukan orang-orang yang mengaku islam. Sehinggakan tanpa disedari ataupun memang telah disedari telah bertindak melampaui batas-batas keimanan dan tauhid,lantas terjerumus ke dalam batas-batas kufur,syirik dan nifaq.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Di sini marilah sama-sama kita berbincang tentang perihal yang dibawah. Agar dapatlah kita sama-sama memperolehi ilmu yang bermanfaat ini.

“Apakah itu Iman Islam dan Dua Khalimah Syahadah”

Iman dan Islam tersimpul dalam dua khalimah syahadah. Semua amalan,iman dan islam adalah bukti pengucapan dua kalimah syahadah di dalam hati seorang muslim. Ia menjadi permulaan dan penyudahnya. Pernyataan islam dan iman seseorang adalah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Abdullah bin Abbas melaporkan daripada Muaz bin Jabal,Nabi Muhammad mengutuskan saya pergi ke Negara Yaman,lalu beliau berkata,

Maksudnya: “Sesungguhnya saudara akan berjumpa dengan ahli kitab. Ajaklah mereka menjadi saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan saya (Nabi Muhammad)adalah utusan Allah. Apabila mereka patuh,beritahu mereka Allah mewajibkan kepada mereka fardu lima waktu sehari semalam. Apabila mereka patuh,beritahu mereka Allah mewajibkan mereka membayar zakat daripada orang-orang yang kaya dan dikembalikan kepada orangg-orang yang berhajat dengan harta itu. Apabila mereka patuh,jauhilah daripada menceroboh harta benda mereka dan takutlah saudara doa orang yang dizalimi. Sesungguhnya tidak ada hijab diantaranya dengan Allah.” Hadis Sahih direkodkan oleh Muslim.”

Musayyab bin Hazn al-Qurasyi melaporkan,

Maksudnya: “Apabila Abu Talib hamper mati,Nabi Muhammad dating menziarahinya. Beliau dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah berada disisi Abu Talib. Lalu Nabi Muhammad berkata, ‘Wahai bapa saudaraku,katakanlah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,iaitu kalimah yang membolehkan saya menjadi saksi untukmu disisi Allah.’ Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah berkata, ‘Wahai Abu Talib,adakah kamu mahu meninggalkan agama Abdul Muttalib?’ Nabi Muhammad terus mengemukakan kalimah syahadah kepada Abu Talib. Dan kedua-dua orang itu mengulangi cakapnya sehingga Abu Talib mengaku tetap berpegang dengan agama Abdul Muttalib dan beliau tidak mahu berkata tiada tuhan melainkan Allah.” Hadis Sahih direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Boleh juga dikatakan bahawa islam itu dengan kenyataan yang membawa maksud dua kalimah syahadah. Kenyataan ini berdasarkan dari Hadis Nabi Muhammad yang dilaorkan oleh Abdullah bin Umar.

Maksudnya: “Nabi Muhammad menghantar pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin Walid kepada keluarga Jazimah untuk mengajak mereka menganut agama islam. Mereka tidak dapat berkata dengan baik, ‘Kami meninggalkan agama kami yang dahulu.’ Lalu Khalid membunuh dan menawan dikalanngan mereka dan diserahkan tawanan itu kepada setiap orang tentera Muslim. Sehinggalah pada suatu hari Khalid mengarahkan setiap tentera membunuh tawanan mereka. Lalu saya berkata, ‘Demi Allah,saya tidak akan membunuh tawanan yang ada pada saya. Begitu juga kawan-kawan saya tidak akan membunuh tawanan masing-masing.’ Sehingga kami kembali berjumpa dengan Nabi Muhammad,kami menceritakan peristiwa yang berlaku. Lalu Nabi Muhammad menadah tangan dan berkata, ‘Wahai tuhanku,saya berlepas diripada apa yang dilakukan oleh Khalid.’ Beliau mengulangi kata-kata ini dua kali.” Hadis Sahih direkodkan oleh Bukhari.

Melafazkan dua kalimah syahadah atau maksudnya,mestilah dengan pengakuan yang sempurna dan mempunyai keyakinan yang kukuh. Allah menerangkan dalam surah Muhammad,ayat 19,

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan Allah.”

Allah menjelaskan lagi dalam surah al-Munafiqun,ayat 1.

Maksudnya: “Apabila orang-orang munafiq itu datang kepadamu,mereka akan berkata, ‘Kami mengakui kamu utusan Allah.’ Pada hal Allah mengetahui sesungguhnya kamu benar-benar Rasulnya dan Allah menyaksikan orang-orang munafiq itu orang-orang yang bohong.”

Sesiapa yang yakin dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan menyatakan keyakinan itu juga diterima syahadahnya. Anas bin Malik melaporkan,

Maksudnya: “Sedang kami duduk bersama dengan Nabi Muhammad di dalam masjid,tiba-tiba masuk seorang yang sedang menunggang unta dengan memasukkan untanya ke dalam kawasan masjid dan menambat tali untanya.

Kemudian dia bertanya, ‘Mana dia Muhammad?’ Lalu kami menjawab, ‘Itu dia yang putih sedang bersandar.’ Lalu dia bertanya, ‘Awakkah anak Abdul Muttalib?’ Lalu nabi menjawab, ‘Ya.’ Lalu dia berkata, ‘Aku ingin bertanyakan kamu dan janganlah terasa marah padaku sekiranya berkasar di dalam pertanyaan ini.’ Lalu nabi berkata, ‘Tanyalah apa yang terasa padamu untuk ditanya.’

Lalu dia berkata, ‘Aku bertanya padamu demi tuhanmu dan tuhan orang yang terdahulu daripadamu,adakah Allah mengutuskan kamu menjadi Rasul kepada semua manusia?’ Lalu nabi menjawab, ‘Ya.’ Dia bertanya lagi, ‘Aku bertanyamu demi Allah,adakah Allah mnyuruhmu solat lima waktu sehari semalam?’ Jawab Nabi Muhammad, ‘Ya.’ Dia bertanya lagi, ‘Aku bertanya demi Allah,adakah Allah menyuruhmu berpuasa sebulan dalam setahun?’ Jawab Nabi Muhammad, ‘Ya.’ Seterusnya dia bertanya, ‘Aku bertanya demi Allah,adakah Allah memerintahmu mengambil zakat daripada orang-orang kaya supaya engkau bahagikan kepadaorang-orang fakir?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Ya.’

Kemudia orang itu berkata, ‘Saya beriman dengan apa yang kamu bawa dan saya adalah utusan kaum saya. Nama saya adalah Dhimam bin Sa’labah daripada keluarga Saad bin Bakar.’”Hadis Sahih direkodkan oleh Bukhari.

Mengucap dua kalimah syahadah adalah syarat bagi kita berhubung sesame muslim. Contohnya perkahwinan,berimamkan sembahyang,disembahyangkan apabila mati dan juga ditanam di perkuburan islam selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang mambatalkan iman.

Manakala orang yang tidak berikrar dengan dua kalimah syahadah kerana keuzuran seperti bisu ataupun mati selepas beriman tetapi blum sempat mengucap dua kalimah syahadah,dia adalah mukmin. Sebaliknya,orang yang mampu dan mempunyai ruang masa bagi berikrar dua kalimah syahadah,tetapi enggan mengucapkannya kerana ingkar,adalah kafir.

Persoalan hati bukan menjadi urusan kita. Sekiranya hati kita membenar islam dan hukum-hukum Allah,maka menurut pendapat yang lebih tepat,dia beriman disisi Allah. Namun kita masih tidak boleh menyamakannya seperti seorang muslim kerana tidak diketahui imannya.

Kenyataan ini ditujukan kepada orang-orang yang mahu menganut Agama Islam. Mereka yang dilahirkan dikalangan mukmin dianggap mukmin. Mereka dianggap mukmin selagi mereka tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman….

Wallahua’lam..

3 Comentários:

PupuBK said...

lenguh bacaa...tp syabas kepada penulis

man kp said...

semoga dpt manafaat dengan apa yg diperolehi..
insya-Allah...

Pemuda Insaf(dahulunya pemuda ganah) said...

Lenguh boh nak baca, pahtu bahasa die pelik sikit. Itu tak jadi masalah janji ada isi yang boleh beri manfaat.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula