Pemuda PAS: Nik Abduh sedia tarik diri

Anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz bersedia menarik diri daripada perebutan jawatan timbalan dan naib ketua Dewan Pemuda sekiranya calon pilihannya - Azman Shapawi Abd Rani dan Ahmad Sabki Yusof - turut bertanding.

Anak Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, yang sebelum ini tewas dalam pemilihan ketua Pemuda PAS Kelantan, berpendapat bahawa Azman Shapawi dan Ahmad Sabki merupakan gandingan terbaik untuk menerajui dewan itu.

Setelah pencalonan ditutup minggu lalu, jawatan ketua Dewan Pemuda PAS bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandangnya, Nasrudin Hassan dan bendaharinya, Zaki Ibrahim.

Manakala lima orang masing-masing dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua dan naib ketua, termasuk Nik Abduh, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi.

"Nasarudin, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi adalah terbaik untuk mengisi tiga jawatan tersebut.

"Saya tidak akan bertanding jika mereka setuju (bertanding). Dan itulah harapan semua, insya-Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Jawatan (nombor) satu, dua dan tiga itu itu sesuai untuk mereka bertiga," tambahnya.

Sedia berkompromi

Exco Pemuda PAS, Musoddak Ahmad turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua. Manakala seorang lagi exco Pemuda PAS, Firdaus Jaafar dan ketua Penerangan, Suhaizat Kaiat pula turut dicalonkan bagi jawatan naib ketua.

Mengulas lanjut tentang pemilihan jawatan kanan dalam Dewan Pemuda PAS kali ini, Nik Abduh berkata, sama ada Azman Shapawi atau Ahmad Sabki, kedua-dua mereka sesuai sebagai gandingan Nasruddin.

Nik Abduh juga berharap pemilihan jawatan tertinggi dalam dewan itu dapat diselesaikan secara dalaman melalui mesyuarat atau kaedah syura.

Sebelum ini, Nasruddin yang mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan ketua Pemuda telah menyatakan kesediaanya berkompromi bagi jawatan tersebut.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub tidak mempertahankannya.

Manakala Zaki pula bersedia berbincang mengenai cadangan setelah mendapat pandangan rakan-rakan terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan.

1 Comentário:

PupuBK said...

TAKBIRRRRR......Semoga kepimpinan ulama' terus jitu demi mempertabatkan sebuah negara
islam tulen. INS'ALLAH.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula