PEMBINAAN JAMBATAN BUKIT KUANG (SEKSYEN 392 LALUAN FT003)

Kami ingin menarik perhatian anda berhubung permasalahan yang melanda penduduk daerah Kemaman terutama pengguna Jambatan Bukit Kuang yang bergegas pergi dan pulang dari bekerja di kawasan Kemaman Supply Base, Kawasan Perindustrian Telok Kalong dan Kawasan Perindustrian Kerteh.


Seperti yang anda sedia maklum, rungutan dari para penduduk disekitar Kampung Bukit Kuang yang telah beberapa kali disiarkan media cetak arus perdana dan dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia.

Peruntukkan untuk membinanya telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke 9.
Kami difahamkan kontrak pembinaannya telah dibatalkan atas sebab teknikal. Hasil dari itu rakyat yang menerima impaknya. Bilakah ianya akan terbina ???????

Bukan sahaja masalah kesesakkan, bahkan kemalangan maut sering berlaku di lokasi simpang kampung yang melibatkan penduduk sekitar.

BERIKAN KOMEN ANDA. !!!

4 Comentários:

Pemuda Ganaz said...

Assalamualaikum

Bende ni memang lame doh, tp tindakan tok jugok dibuat. Soh kata tindakan, kalu tengok tadok gaye lasung nok wak jambatan. Aku pun biasa lalu kat jalan baru oh. Dan besa ah aku tengok orang eksiden dua tiga kali depan mata aku. Menambung saing tu. Sapa bile mende ni nok berterusan? Mane mak said? katanye pentingkan kebajikan rakyat padahal dok pun. Aku memang kesal ah dengan perkara ni. Tp mende yang aku mampu buat. Tp baru ni aku gi chukai, aku tgk mtd chukai wak pungutan petisyen supaya dicepatkan pembinaan jambatan ni. Aku pun terus sain petisyen tu. Kepada sahabat2 yang ade tengok petisyen tu harapan aku jangan berat tangan ngak! Sain je petisyen tu. Ini yang kita mampu buat setakat ning.

Anonymous said...

hari ning kawan mata dari kerteh ke kuantan pagi tadi, tengah hujan lebat .masuk je sempadan chendor jalan pun berlubang-lubang. bila dia balik petang dalam lubang-lubang tu dah telah ditampung kat jambatn cherating dan banyak lagi....Cekap sunggup kerajaan pahang. Ning jalan kemaman paka lubang penuh, ada dan tayar pecah, rim belok, macam-mcm telah berlaku. mana roadcare, mana kuasapolitik..tolanglah buat arahan sikit... malu negeri dan daerah kita.."alasan hujan tak buleh buat"...kalaupun banyaklah signboard dan bubuh warninglight ..nyanya.. yang bermotosikal yang bekereta tak terkecuali .nasib baikxdoh lagi nyawa melayan.. Ning satu lagi..atas jambatan bukit kuang macam parit tali-air, macam tempat takong air...tar tu lokoh dah...bitumen cap apa kontraktor buat tu... joloklah sikit lubang tepi jambatan tu barulah air doh bertakong..takang kita nak ajar...ning jem lepih pada karak highway lagi...dulu kalu KL hujan lebat memang jem..ning kemaman pun jem jugak ...tulah attitude orang kita...takan nak tunggu menteri kerja raya bersuara baru nak buat...be proaktif jangan reaktif.....jambatan tu umpama perangkap maut... kiri-kanan air sungai yang mengalir...

lemang said...

Salam..
Kerajaan Negeri sepatutnya lebih peka dgn masalah ini. Segerakan mana yg lebih utama dulu. Bila nok buat jambatan tu dok tau laa...
Setakat ni pihak yang terlibat dgn prjk jambatan ni pun tidak ada lagi bertemu dgn penduduk kampung di sekitarnya untuk penerangan tentang masalah tanah macamana cerita, nok bagi pampasan ataupun nok hambat gitu jer...

Anonymous said...

Keluhan mangsa banjir diperalatkan oleh pengerusi JKKK , nama dipotong untuk bantuan dari JKM hanya RM100 & hamper didewan seri belian - arahan pengerusi kerana tak pindah kesekolah walaupun rumah ditegelami banjir.Nama orang yang tak terlibat dimasukan kerana perihatin..kerana nak cari publisiti... Bijak-bijak.....ning dengar cerita nak bagi pulak RM200..nama sapa pulak kera potong...sisat-sisat...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula