Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Sumber: www.harakahdaily.net

11 Comentários:

Anonymous said...

jangan cakap tanpa bukti. bila korang menang, mahkamah adil dan telus. tapi bila kalah, mahkamah guna skrip pulak. hanya melayu bodoh aje yang sokong pas pis pus ni. lagi pun kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. yang relevan ialah kepimpinan profesional yang berpaksikan DAP. bila pas nak tukar nama???? jangan gunakan nama islam kalau pas dah tak islamic lagi, guna nama lain lah. matinya demokrasi???? pas ni pejuang demokrasi ker???? ohhh bukan pejuang islam lah, patutlah pas semakin hari semakin kafir....

Anonymous said...

BN dulu pernah menawan Kelantan berasakan perlembagaan dan undang undang,melalui proses Mageran,Tetapi akhir nya rakyat kelantan menolak terus UMNO sekarang.Tapi ini perlu diingat, kelantan majoriti nya melayu yang masih ada lagi semagat kemelayuan.
Kesan yang sama juga akan berlaku di perak,Yang mana mungkin tiada lagi melayu yang memerintah.

renjer06 said...

PAS tetap memperjuangkan Islam cuma pendekatan yang digunakan ialah demokrasi. Ulama adalah teras kepimpinan PAS. PAS bekerjasama dengan DAP pun adalah dibenarkan dari segi syarak. dan perjanjian ini dinamakan tahaluf. bukan seperti umno yang mengadakan perjanjian dengan MCA dinamakan perjanjian UMNO ini wala'. Apa bezanya wala' dan tahaluf? Wala' ialah perjanjian dengan bukan Islam dan Orang Islam itu lari dari dasar Islam dan mengikut orang bukan Islam contohnya ada pemimpin umno yang minum arak bagi meraikan sekutu mereka, mengadakan konsert yang melampaui batas2 agama dsb. Manakala tahaluf pula ialah perjanjian orang Islam dengan bukan Islam tanpa mengabaikan dasar2 Islam itu sendiri. Sebagaimana Pemimpin PAS tidak minum arak bersama pemimpin DAP, tidak mengadakan konsert atau hiburan yang melampaui batas agama. Kesimpulannya PAS tetap kekal dengan dasar Islam nya

Anonymous said...

bodoh!!! demokrasi tu dasar yahudi lah bodoh bukan dasar islam. maksudnya pas guna pendekatan demokrasi, pendekatan yahudi. dah tak ada pendekatan islam nak guna ker??? kalau tak ada maksudnya pas mengatakan bahawa islam tu tak sempurna lah sehingga terpaksa guna pendekatan yahudi. jangan nak jadi macam anwar ibrahim, cakap berbelit-belit. satu dunia tahu yang umno perjuangkan melayu. persoalannya, pas yang mengaku dirinya pejuang islam, yang kononnya nak tegak kan hudud kat malaysia, kenapa nak bersekongkol dengan DAP??? kenapa perlu kan orang kafir macam DAP untuk tegakkan islam kat malaysia?? di mana satu dunia tahu yang DAP perjuangkan samarata iaitu salah satu perjuangan mereka nak ratakan islam sebagai agama rasmi kat malaysia ni. tak payah nak bandingkan pas dengan umno??? umno tidak gunakan atau peralatkan islam untuk kepentingan diri tak macam orang pas peralatkan islam untuk kuasa dan pangkat. rakyat telah muak dan bosan dengan lakonan orang-orang pas ni yang kononnya islam dan alim tapi sebenarnya jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Anonymous said...

Democrasi dasar yahudi?,umno perjuang melayu?abis tu yang tolong cina tu apa hal,saya ingat saudara nie baru umur 16,atau pun sekolah takat jah enam.
baca buku lebih banyak lagi ye.

PupuBK said...

Assalmu'Alaikum..
Hanya Demokrasi satu-satu sistem yang sudah berpuluh-puluh tahun diterima pakai oleh Kerajaan M'sia yang lapuk dan nazak...Bagi lah laluan bagi Kerajaan Baru yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith pula memerintah!!!!Rakyat nak rasa naik kereta baru pula...kereta buruk tak selesa ahhhh!!!!!

bigmoon said...

Salam..
Ape cerita Melayu yang keluar Islam ( murtad)????

renjer06 said...

Sebagai seorang Islam hendaklah ada dalam diri kiti cita2 untuk menegakkan hukum Allah bumi Malaysia tercinta ini. PAS sememangnya mendasari perkara ini, iaitu ingin menegakkan Hukum Allah dimuka bumi Malaysia ini. UMNO ada tak dalam dasarnya untuk menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia. Bahkan UMNO sendiri menghalang hukum Allah daripada dilaksanakan dalam negara Malaysia ini. Mengapa PAS guna demokrasi? Apa itu demokrasi? Rasenye tak perlulah dijelaskan apa itu demokrasi. Walaupun PAS menerima cara demokrasi namun bukan keseluruhannya kerana kemuncak demokrasi ialah menolak suara tuhan. Namun di Malaysia demokrasi tidak sampai menolak suara tuhan. Jadi di sana PAS mengambil jalan aman dengan mengikut sistem demokrasi ini. Alangkah indahnya apabila para ulama dapat masuk ke parlimen membacakan ayat2 al-Quran dan menegur kesalahan2 pemimpin. Maka kerana ini lah PAS mengambil jalan ini. Islam mengajar jika sekiranya di sana ada jalan yang mudah dan aman maka hendaklah diambil jalan tersebut supaya peperangan dapat dielakkan. Kerana itulah demokrasi ini dilihat dapat memberi keuntungan kepada Islam.

bigmoon said...

Sial baca buku "100.000 MURTAD DI M'SIA " tulisan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Pemuda Ganah said...

Aku setuju pandangan renjer06

256 said...

Anonymous....letok ah nama...jgn takut

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula