Karnival Sukan PASTI Terengganu 2009 di BBBM


KEMAMAN : Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2009 akan berlangsung pada 30hb. Mei 2009 di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman bermula 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Perasmian karnival pada sebelah pagi akan dilakukan oleh Haji Ismail Harun selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman.

Daerah Kemaman yang menjadi tuan rumah pada kali ini akan menerima kedatangan para pengurus pasukan, jurulatih dan para pemain futsal muslimin dan bolajaring muslimat bermula pada petang Jumaat lagi. Para kontingen dari PASTI Kawasan akan ditempatkan di beberapa buah PASTI qaryah yang dipilih di sekitar Bandar Chukai. Semua PASTI Kawasan akan menyertai karnival tahunan tersebut yang terdiri dari Kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selaku tuan rumah.

Acara sampingan pertandingan mewarna pelajar PASTI Kawasan Kemaman akan diadakan. Para Ibubapa/Penjaga pelajar yang berminat menghantar anak mereka menyertai pertandingan tersebut diminta menghubungi guru di PASTI qaryah masing - masing untuk pertanyaaan lanjut.

Pasukan yang menjuarai karnival ini akan terpilih mewakili PASTI Terengganu ke Karnival Sukan PASTI Pusat. Para ibubapa/Penjaga/Orangramai dijemput hadir untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival tersebut.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula