Blog Pemuda PAS Dun Kijal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Azzawajalla dengan rahmat dan limpah kurnianya maka Pemuda PAS Dun Kijal kini telah memiliki blog sendiri.

Blog ini mula dibina pada tarikh 16 Mei 2009 bersamaan 21 Jamadil Awwal 1430 hari Sabtu. Maka dengan segala hormatnya blog ini adalah menjadi blog rasmi pemuda PAS Dun Kijal.

Pada peringkat awal telah ada cadangan daripada pemuda PAS Dun Kijal supaya diadakan satu blog untuk pemuda PAS Dun Kijal. Namun oleh kerana ketiadaan tenaga mahir dalam bidang IT maka hasrat tersebut tidak kesampaian.

Apabila diteliti kembali hasrat tersebut dan melihat kepada perlunya satu wadah untuk menyebarkan maklumat terkini dengan pantas maka mesyuarat pemuda PAS Dun Kijal telah memutuskan untuk mengadakan Lajnah ICT Pemuda PAS Dun Kijal.

Walaubagaimana pun masih terdapat banyak kekurangan dalam blog ini dan saya sebagai admin bukanlah seorang yang mahir dalam bidang ICT ini. Namun kerana amanah telah diberikan kepada saya, saya akan berusaha sedaya upaya dalam menguruskan blog ini.

Lajnah ICT Pemuda PAS Dun Kijal amat mengharapkan sebarang komen dan kritikan yang membina dari semua pemuda PAS Dun Kijal Khasnya dan pemuda PAS kawasan Kemaman Umumnya. Segala kritikan atau komen yang membina bolehlah dihantar kepada emel pemudapaskijal@gmail.com.

Akhir kata dari saya insan yang lemah ini, segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.

Sekian Wassalamualaikum.

5 Comentários:

Anonymous said...

Baguslah kalau macam tu. senang la sikit nak dapat info aktiviti.

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH & SYABAS PPDKJL... semoga kerja2 mulia ini diberkati Allah....dan diharapkan ianya akan bterusan hingga tertegaknya sebuah negara Islam Tulen dibumi M'sia ini.TAKBIRRRRR

Anonymous said...

Bagus2 aku tunggu lama doh mende ni. Aku mikir gok bile lah pemuda pas kijal nak ada website atau pun blog. Pahtu aku pun cari pakai google rupa2nye pemuda pas kijal doh ade blog sendiri. Se je pesanan dari aku, gunakan blog ni sebagai satu platform untuk menyampaikan dakwah Islam. Takbir3x.

Saya said...

usaha yang murni demi perjuangan islam yang sejati. yg penting sentiasa upgrade dengan isu2 yang terbaru..

Pemuda PAS Kijal said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas sokongan saudara Saya. Pihak Pemuda PAS Dun Kijal akan berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat dan dakwah Islam bukan hanya sekadar di Kijal sahaja bahkan seluruh Malaysia. Terima kasih atas keprihatinan yang saudara berikan.

Wassalam

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula